Sunday, March 18, 2012

Damask Wall Part 2

Aktiviti ahad lepas....

Entry sebelum ni kan ada cite camner nak wat stensil plastik. Memandang plastik tuh dah byk ros buat, ada lak masa terluang sikit, ros pun cat menggunakan teknik stensil kat dinding rumah

Warna yang digunakan - Putih + hitam = Kelabu...



Corak kelabu ni ambik masa setengah hari je. Lebih kurang dalam 5 jam

Thursday, March 15, 2012

Jom Damask !!!!

Perkara ros paling suke klu masuk rumah baru... Cat rumah. Masa masuk rumah ni, owner nya cat rumah kaler merah, krim. camner ros tau?? sbb ros yg tlg dia cat rumah tuh. Krim, pastu buat teknik cop2 guna tuala utk timbulkan corak mcm wallpaper. Tp bila owner tuh sewakan kat budak2 UITM, owner ni kaler rumah dia biru pulak. Mmg ros tak leh nak terimalah dua ton kaler yg bertentangan sgt ni...
merah biru??? tak boley...tak boley...

ros cat asas kaler kelabu pekat nak masuk hitam. kemudian gunakan teknik stensil tuk buat corak damask
caranya lekatkan plastik stensil, guna roller cat kecik...cat dia atas plastik tersebut. 

kalau comot, rajin2lah touch up ye.... guna berus lukisan

klu ada suis ke apa ke...kenalah bukak tuk memudahkan kita buat teknik stensil ni...


lihat... klu tak reti jgn memandai bukak wayar ni. karang keras je kena letrik

okay...siap. klu rajin, buat ni makan 2 hari siap.
tp klu mcm ros, sehari buat 3 4 jam... ambik masak 5 hr siap.
sbb buat ni mmg kena lekat plastik tuh tol2 supaya tak senget...
Jenuh, tp berbaloi. Kalau kayo sila tempah wallpaper je ye.

Macam mana nak buat plastik stensil?? di sini

Kesilapan Mengecat

Almaklumlah, ros bukan pro pun keja2 tukang ni. Tp org kata klu tak cuba, kita tak tahu kan. Hari tu try nak cat/spray frame kayu ni. Ambik spray terus spray dgn muka tak bersalah. Tp dah agak dah...mcm ada yg tak kena. Cat tuh mcm tak larut dlm permukaan. Semcm licin. Apa kesss??? Maybe permukaan asal kayu tuh tak di gosok ngan kertas pasir... jadi bila dah spray jadi tak memuaskan... ros ambik keputusan tuk buang balik cat2 biru tuh. Bila buang sekali dgn cat seblm tuh pun tertanggal. Yang tinggal asal kayu tuh. 
Sian tgk... 3 hr lak tuh jemur tak kering. Ntah apa kehel...

Pas tu beli cat lain, dan mulakan cat mcm biasa. Eh silap. Ku spray je. Mudah dan rata...

Tadaaaa... siap. Cantek kan ngeeeee

Cat bilik..mural

Kali ni nak ketengahkan cara kita sendiri nak hiasi dinding melalui cat mengecat ni. Masa ni tgh asyik dgn kartun sponge bob. Jadi ilhamkan dinding bilik anak dgn lukisan sponge bob.... jom tgk!!

langkah 1: cat asas dinding mengikut latar gambar

langkah 2 : lukis menggunakan pensel. Kemudian diikuti dengan warna(cat dinding)

langkah 3: siap hhehehehe... tgh2 kaler tak leh ambik pict. rosak hp kena cat

bahagian lain dlm bilik

bahagian lain juga...

Wednesday, March 14, 2012

Almari Laci


Bahan-Bahan yang digunakan
1. kertas pasir
2. cat minyak + berus
3. sticker

Cara-Cara
1. guna kertas pasir untuk melicinkan, membuang corak2 dan cat lama
2. sapu cat minyak di atas permukaan kayu, 2 lapisan. Pastikan lapisan pertama kering barulah meneruskan lapisan kedua
3. apabila kering, lekatkan sticker yg bersesuaian
4.siap..jgn lupa ambik gambar hhehehe